Salam reader,
Bile cik fiza dah start menyentuh soal2 sensitif.. opppssss.. mmg semua prm kena tahu tentang nie..
Mmg semua prm kena ambik berat tentang nie..
Waktu yang paling dibenci oleh setiap wanita ialah ketika menghampiri kitar haidnya, xnk ckap detail ttg symptom2 period..tp nk ckp fakta tentng prm2 y mengidap senggugut yang teruk.
FAKTA MENGENAI SENGGUGUT…..korg mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa.
Tiba2 lak Cik fiza terbaca tentng artikal mengenai nie n nak share =)
Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama.
disemenora primer, tahap yang tidak bahaya sangat..so x perlu di bncangkan di sini, maybe hanye disebabkan oleh ketidakseimbangan Bahan Kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita..
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu korg mungkin turut sama mengalaminya.
Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh ENDOMETRIOSIS
Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.
Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.
Lepas nie banyak kn mkn sayur k…fiza2~
Endometriosis..anehnye penyakit ini, semakin hari semakin ramai wanita menghidapnya, penyakit ini berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh di tempat luar rahim. Tisu endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding uterus…aaaaaaa takutnye… kdg2 wanita y terllau mementingkan kerjaya dan stress dan juga system imunisasi y lemah serta ada y mengaitkan dengan ganguan jin boleh menyebabkan penyakit nie.
Apabila tisu endometrium ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat ransanagn hormone, lapisan nie akan menyeluarkan darah apabila perempuan itu period.sekiranya berlaku dalam ovary, darah akan berkumpul di situ..bahayanyaaaaa…nie juga akan menyebabkan pendarahan y tak terkawal..anda akan hilang selera makan, letih x bermaya, xde tenaga…
Menurut pakar perubatan, penyakit nie xde ubatnye, bagi yang mengalami terllau teruk doctor hanya bagi ubat tahan sakit dan suntikan.
Namun segugut jenis kedua nie lagi bahaya dan di beri perhatian kepada kaum wanita keran punca utamanya adalah di sebabkan oleh endometriosis. Endometriosis boleh menyebabkan seseorang wanita itu sukar hamil atau kerap kali keguguran. Pertumbuhan endometriosis sangat member kesan kepada wanita….
Xkan la kite x nk anak kn bile dah kahwin..wanita2 y masih mengalami tahap senggugut y tidak teruk cepat2 la jumpe doctor..ambil rawatan =(
Bertuah kita jadi wanita…at least kita boleh berkongsi kesakitan itu walaupun x semua wanita mengalami senguggut dan tahap kesakitan itu x sama bagi y mengalaminye…
ADAKAH ANDA DERITA????
tiap2 bulan TUHAN uji dgn kesakitan itu..sebab DIA sangat2 syg kat kite..=)
Redha dan terima setiap ujian itu..dan percayalah diri anda sangat berharga menjadi seorang WANITA…
PEACE:)